Rabu, 26 Jun 2013

MAKLUMAN | Kenyataan KPM berkenaan Jerebu


[JEREBU] Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal

Merujuk kepada perkara diatas,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkaitan "Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal".
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah dimana sekolah itu berada :
    1. Jika IPU melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.
    2. Jika IPU melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.
    3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.
    4. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (www.doe.gov.my/apims/)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

    Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...