SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK DAMANSARA JAYA 2

Jumaat, 27 Januari 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012








Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah PPD Petaling Utama
 diadakan di RRI Sg Buloh pada 20 Januari 2012. 
6 orang murid mewakili SK Damansara Jaya (2) iaitu :
Annasrul bin Mohd Hairun
Dani Irfan bin Mohamed Faidz
Aidiel Emir bin Anshary
Jamal Hussein bin Mahabat Khan
Danish Daniel bin Irwan Jauhari
Muhammad Asri bin Mohamad Azmi.

Rabu, 11 Januari 2012

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.  Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

MINGGU ORIENTASI

Minggu 1  :    4 Januari 2012 hingga 6 Januari 2012
Minggu 2  :  9 Januari 2012 hingga 13 Januari 2012

Minggu orientasi bagi murid Tahun Satu SK Damansara Jaya 2 diadakan selama 8 hari. Pelbagai aktiviti telah di rancang bagi menjayakan program ini bagi membina keyakinan murid belajar secara formal.



LinkWithin