SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK DAMANSARA JAYA 2

Ahad, 26 Jun 2011

Tenaga Pendidik SKDJ2

Duduk dari kiri : En Syafiq, En Zulkefli, En Wong (GPK Hem), En Balpanaban (GPK1), Pn Khadijah (GB), Pn Koh (GPK Ko

Berdiri dari kiri : Pn Normadiah, Pn Norhafizah, Pn Norazlina, Pn Norlida, Pn Fazilah, Cik Norhapiza, Pn Fadzilina, Cik Che Madiah, Pn Wardah, Pn Siti Zubaidah, Pn Arnida, Pn Wan Mardiana

Rabu, 15 Jun 2011

LAGU SEKOLAH

putera puteri DJ dua,
bersatu bertekad berusaha,
ilmu diteroka, diamal sentiasa,
mencapai hasrat mulia,

guru-guru DJ dua,
beriltizam penuh bersemangat,
berbakti berbudi, mendidik pekerti,
junjung amanah yang diberi,

berilmu dan berdisiplin tinggi,
menjadi amalan kami,
berusaha dan bersatu padu hati,
mencapai wawasan yang murni...

Selasa, 14 Jun 2011

MISI

Bertekad dan beriltizam untuk menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan penyayang yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Isnin, 13 Jun 2011

VISI SEKOLAH

Membina insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan prinsip Rukun Negara untuk membentuk negara bersatu, masyarakat demokratik dan progresif.

Ahad, 12 Jun 2011

PIAGAM SEKOLAH

  1. Memastikan semua murid di sekolah ini mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.
  2. Memastikan pelaksanaan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum lebih sistematik, selamat, terkawal dan kondusif untuk kecemerlangan murid.
  3. Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, cekap dan adil setiap masa.
  4. Memastikan wujudnya hubungan baik dengan agensi kerajaan, bukan kerajaan, dan komuniti sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  5. Sentiasa peka, responsif, dan berfikiran terbuka terhadap pandangan dan teguran membina untuk meningkatkan prestasi sekolah.

OBJEKTIF ORGANISASI

OBJEKTIF ORGANISASI SEK KEB DAMANSARA JAYA 2
  1. Melahirkan murid yang taat setia kepada negara dan bersatu padu.
  2. Melahirkan murid yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketramilan dan sejahtera.
  3. Melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan  terhadap keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
  4. Memberi khidmat yang berkualiti dalam suasana penyayang dan mesra.

Jumaat, 10 Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

LinkWithin