Khamis, 15 November 2012

Hi-Tea Guru SKDJ2/PIBG @ Royale Bintang The Curve

Kelab Guru SKDJ2 dengan kerjasama & sokongan PIBG, telah mengadakan jamuan 'Hi-Tea' untuk warga sekolah sempena dengan minggu akhir persekolahan 2012....

Tarikh   : 11/2/2012
Tempat : Hotel Royale Bintang, The Curve
Kehadiran : Guru Besar, Guru-Guru Kanan, Guru-guru SKDJ2
                 : YDP PIBG, NYDP PIBG, AJK PIBG












UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN SYED NASURUDDIN YANG BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI....

Rabu, 3 Oktober 2012

Pasukan Boria SKDJ2

bergambar bersama Guru Besar sewaktu dijemput membuat persembahan pada Hari Kualiti Peringkat Negeri Selangor.

Pncapaian 2012
- JOHAN Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Daerah Petaling Utama.
- Bakal mewakili PPD ke Karnival PPDa peringkat negeri Selangor 2012.

Ahad, 1 Julai 2012

KARNIVAL PPDa DAERAH PETALING UTAMA

Trofi dan sijik Kejuaraan.. SKDJ2 JOHAN DAERAH !!!

Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Petaling Utama telah dijalankan di Arena Rakan Muda MBPJ pada 28 Jun 2012. Demi menyahut kempen Benci Dadah melalui seni, SK Damansara Jaya 2 telah menghantar penyertaan untuk acara Boria dan Sajak.

Keputusan membanggakan telah dicapai. SKDJ2 mencipta sejarah apabila muncul Johan bagi acara Boria. SKDJ2 juga mendapat tempat ke 3 bagi acara Sajak PPDa yang diwakili oleh Zikry Faiq bin Arnold Rahisal.

Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencipta sejarah dan mengangkat maruah SKDJ2 ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kalangan sekolah-sekolah di PPD Petaling Utama.

Boria SKDJ2 akan mewakili Petaling Utama ke Karnival PPDa Negeri Selangor tidak lama lagi. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua yang terlibat.

"Kejayaan hari ini harus dirai, kerana esok belum tentu kita mendapat kejayaan sedemikian rupa"

Sabtu, 30 Jun 2012

SKDJ2 JOHAN BORIA PPDa 2012

Pasukan Boria SKDJ2 meraikan kemenangan bersama guru-guru.. Syabas. Nama SKDJ2 semakin berkembang mekar...

Ahad, 29 April 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012 | Kem Herba

Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Tarikh  : 27 & 28 April 2012
Tempat : Kem Herba, Sungai Chongkak

___________________________________________________
























Isnin, 23 April 2012

JUARA SELANGOR


Annasrul yang mewakili PPD Petaling Utama ke Kejohanan Olahraga Balapan & Padang MSS Selangor telah mencipta satu lagi sejarah baharu buat SK Damansara Jaya 2. Beliau telah menggondol pingat emas untuk acara 100m, dan 200m. Beliau juga turut memungut pingat gangsa untuk acara 4 x 100m.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Annas kerana telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga SKDJ2 yang lain.
Tiada yang mustahil untuk berjaya.

SKDJ 2 BOLEH !


Peyampaian pingat dan sijil oleh Guru Besar pada perhimpunan rasmi sekolah

Selasa, 20 Mac 2012

ANNASRUL MENGGONDOL EMAS 100m


Annasrul Hairun, menggondol pingat emas 100m Lelaki Bawah 12.
Annasrul juga memecahkan rekod kejohanan.

Ahad, 18 Mac 2012

Kejohanan Olahraga Padang & Balapan MSSD Petaling Utama


Tarikh :19-23 MAC 2012
Tempat : STADIUM MBPJ, PETALING JAYA
Peserta :

ANNASRUL MOHD HAIRUN (100m, 200m)
SITI SOLEHA BT SURDI (100m, 200m)
DANIA IRDINA FAIDZ (100m, 200m)

Jumaat, 2 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SKDJ2 2012

TARIKH : 3 MAC 2012
MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SK DAMANSARAJA JAYA

IBU BAPA MURID SKDJ2 DIJEMPUT HADIR.

Jumaat, 17 Februari 2012

Program Maju Diri 2012

GPK Kokurikulum memberi penerangan kepada peserta PMD berkenaan dengan kokurikulum
 Antara aktiviti PMD.












SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...