Isnin, 23 April 2012

JUARA SELANGOR


Annasrul yang mewakili PPD Petaling Utama ke Kejohanan Olahraga Balapan & Padang MSS Selangor telah mencipta satu lagi sejarah baharu buat SK Damansara Jaya 2. Beliau telah menggondol pingat emas untuk acara 100m, dan 200m. Beliau juga turut memungut pingat gangsa untuk acara 4 x 100m.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Annas kerana telah mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga SKDJ2 yang lain.
Tiada yang mustahil untuk berjaya.

SKDJ 2 BOLEH !


Peyampaian pingat dan sijil oleh Guru Besar pada perhimpunan rasmi sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...