Isnin, 21 November 2011

JUARA SUDUT PPDa

Salam Juara....

SK DAMANSARA JAYA (2) JUARA SUDUT PPDa PERINGKAT PETALING UTAMA





Selasa, 13 September 2011

UPSR | Good Luck

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN UPSR 2011.

gambar hiasan

Selamat maju jaya cikgu ucapkan kepada calon-calon semua. Semoga apa yang diperturunkan sebelum ini mampu digunakan oleh kalian sebagai senjata di medan tempur. Kami pihak guru hanya mampu mendoakan agar kalian semua sukses. Usaha sudah, kini masa kalian buktikan..


GOOD LUCK !

Sabtu, 6 Ogos 2011

Pertandingan Sudut PPDa - JUARA DAERAH

Ruang legar pameran

informasi tentang dadah

hiasan-hiasan penyeri sudut

Pengawas PPDa menyambut kedatangan tetamu

Pn Khdijah & Mr Balpanaban bebincang sesuatu dengan juri pertandingan

Juri sedang memeriksa dokumen PPDa SKDJ2

Selasa, 12 Julai 2011

HARI SUKANTHON SKDJ 2

Aktiviti senamrobik SKDJ 2 diadakan dulu sebelum sukan dijalankan ...Cg Syafiq mengetuainya....tunjukkan kepakaran...

Yang belakang tu.... macam malas nak senamrobik je..he..

Semua warga SKDJ 2 mengikuti senamrobik....
     
Persembahan senamrobik SKDJ 2
       
Bukan nak suruh tengok senamrobik tapi tengok hiasan rumah biru..he..
       
Murid tahun satu sedang menjalankan aktiviti sukananeka
       
Kepit ... jangan tak kepit..
       
Capat Nabilla.. kepit ....
     
Tu dia...aktiviti sukaneka untuk guru dan ibubapa..... cayok...cayok...
      
Cepat tiup...juara tengah tiup tu....
       
Juara kepit..... atas bawah boleh kepit..he..kah...kah..
           

Ini dia atlit SKDJ 2...

Tengok apa tu.....

Banyak sangat kameranya ..tu yang sorang pandang lain sorang lagi entah ke mana padangnya..
Susahnye nak masuk kepala dia ni...

Eh.eh..mana orang yang dapat nombor dua ni.....panas nie....

Dengan bangganya berjalan bersama hadiah.....
                                
Terima kasih Datuk Ibrahim..
                               
Aku lah juara.......

Hadiah ni akan ku berikan kepada mama dan papa yang bertungkus lumus mengutip derma untuk ku..he..
                               
"Hadiah handphone menjadi milik ku ha..ha..."bisik Aidel
                               
Anak Encik Syed memang bertuah betul......

Tu dia...baik-baik adik kecil....senam jangan tak senam....

Aktiviti LADAP SKDJ2





Aktiviti LADAP yang diadakan di bilik komputer SKDJ2.  Guru-guru mendengar dengan teliti mengenai perkara yang di sampaikan oleh penceramah.....

Pertandingan e-PPDa Peringkat Negeri Selangor 2011


Sejarah kedua dilakar SKDJ2. Selepas menempa nama menjuarai Sudut PPDa 2011 PPD Petaling Utama, SKDJ2 terus mendapat tempat di mata pegawai-pegawai dari PPD Petaling Utama.
Kali pertama dalam sejarah pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), SKDJ2 telah dipilih mewakili PPD Petaling Utama ke Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri bertempat di SK Taman Desa, Country Holmes, Rawang.

Dalam karnival tahun 2011 ini, SKDJ2 menghantar penyertaan dalam acara e-PPDa Sekolah Rendah. Pasukan SKDJ2 diwakili oleh Anis Nurin Zainal Abidin, Jessadine Rose Baluyot, dan Aidiel Emir Anshary.

e-PPDa ialah satu pertandingan yang memperlihatkan kemahiran penyampaian @ pembentangan perihal bahaya dadah dengan menggunakan aplikasi pembentangan komputer. Selain dinilai dari segi teknologi komputer yang dipaparkan, pertandingan ini juga turut menilai kemahiran berkomunikasi dan penyampaian yang dimiliki oleh setiap peserta.

Untuk pertandingan kali ini, ketiga2 wakil SKDJ2 ini disatukan dalam satu kumpulan dan berentap dengan 9 pasukan lain yang mewakili PPD masing-masing. Walaupun, SKDJ2 gagal mendapat tempat, penyertaan kali pertama ini sedikit sebanyak memberi pengalaman dan ruang pembelajaran buat SKDJ2 untuk lebih bersedia pada penampilan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.

Apapun, syabas buat SKDJ2 kerana peluang MEWAKILI PPD ke pertandingan peringkat Negeri adalah sesuatu tidak semua sekolah dapat mengecapinya.

Persiapan akhir sementara menunggu giliran.
Sesi pembentangan dari SKDJ2
Anis dan Rose selaku pembentang utama.

Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia




Pada 2 Julai 2011 semua sekolah mengadakan Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia. Begitu juga dengan SK Damansara Jaya 2. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...