SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK DAMANSARA JAYA 2

Selasa, 12 Julai 2011

HARI SUKANTHON SKDJ 2

Aktiviti senamrobik SKDJ 2 diadakan dulu sebelum sukan dijalankan ...Cg Syafiq mengetuainya....tunjukkan kepakaran...

Yang belakang tu.... macam malas nak senamrobik je..he..

Semua warga SKDJ 2 mengikuti senamrobik....
     
Persembahan senamrobik SKDJ 2
       
Bukan nak suruh tengok senamrobik tapi tengok hiasan rumah biru..he..
       
Murid tahun satu sedang menjalankan aktiviti sukananeka
       
Kepit ... jangan tak kepit..
       
Capat Nabilla.. kepit ....
     
Tu dia...aktiviti sukaneka untuk guru dan ibubapa..... cayok...cayok...
      
Cepat tiup...juara tengah tiup tu....
       
Juara kepit..... atas bawah boleh kepit..he..kah...kah..
           

Ini dia atlit SKDJ 2...

Tengok apa tu.....

Banyak sangat kameranya ..tu yang sorang pandang lain sorang lagi entah ke mana padangnya..
Susahnye nak masuk kepala dia ni...

Eh.eh..mana orang yang dapat nombor dua ni.....panas nie....

Dengan bangganya berjalan bersama hadiah.....
                                
Terima kasih Datuk Ibrahim..
                               
Aku lah juara.......

Hadiah ni akan ku berikan kepada mama dan papa yang bertungkus lumus mengutip derma untuk ku..he..
                               
"Hadiah handphone menjadi milik ku ha..ha..."bisik Aidel
                               
Anak Encik Syed memang bertuah betul......

Tu dia...baik-baik adik kecil....senam jangan tak senam....

Aktiviti LADAP SKDJ2





Aktiviti LADAP yang diadakan di bilik komputer SKDJ2.  Guru-guru mendengar dengan teliti mengenai perkara yang di sampaikan oleh penceramah.....

Pertandingan e-PPDa Peringkat Negeri Selangor 2011


Sejarah kedua dilakar SKDJ2. Selepas menempa nama menjuarai Sudut PPDa 2011 PPD Petaling Utama, SKDJ2 terus mendapat tempat di mata pegawai-pegawai dari PPD Petaling Utama.
Kali pertama dalam sejarah pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), SKDJ2 telah dipilih mewakili PPD Petaling Utama ke Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri bertempat di SK Taman Desa, Country Holmes, Rawang.

Dalam karnival tahun 2011 ini, SKDJ2 menghantar penyertaan dalam acara e-PPDa Sekolah Rendah. Pasukan SKDJ2 diwakili oleh Anis Nurin Zainal Abidin, Jessadine Rose Baluyot, dan Aidiel Emir Anshary.

e-PPDa ialah satu pertandingan yang memperlihatkan kemahiran penyampaian @ pembentangan perihal bahaya dadah dengan menggunakan aplikasi pembentangan komputer. Selain dinilai dari segi teknologi komputer yang dipaparkan, pertandingan ini juga turut menilai kemahiran berkomunikasi dan penyampaian yang dimiliki oleh setiap peserta.

Untuk pertandingan kali ini, ketiga2 wakil SKDJ2 ini disatukan dalam satu kumpulan dan berentap dengan 9 pasukan lain yang mewakili PPD masing-masing. Walaupun, SKDJ2 gagal mendapat tempat, penyertaan kali pertama ini sedikit sebanyak memberi pengalaman dan ruang pembelajaran buat SKDJ2 untuk lebih bersedia pada penampilan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.

Apapun, syabas buat SKDJ2 kerana peluang MEWAKILI PPD ke pertandingan peringkat Negeri adalah sesuatu tidak semua sekolah dapat mengecapinya.

Persiapan akhir sementara menunggu giliran.
Sesi pembentangan dari SKDJ2
Anis dan Rose selaku pembentang utama.

Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia




Pada 2 Julai 2011 semua sekolah mengadakan Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia. Begitu juga dengan SK Damansara Jaya 2. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...

Isnin, 4 Julai 2011

Sukan Sekolah-Sukanthon Meriah

3 Julai 2011...

Sukan Tahunan Sekolah yang berkolaborasi dengan Sukanthon PIBG telah pun selamat dilaksanakan dengan meriah. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan guru-guru dan AJK PIBG bertungkus-lumus membuat persiapan akhir.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan perbarisan masuk peserta mengelilingi padang sekolah. Walaubagaimanapun, ketika murid selesai membacakan Ikrar Kejohanan, murid-murid terpaksa disuraikan gara-gara hujan yang terlalu lebat. 

"Straight to the point, Hujan Rahmat", kata Guru Besar, Pn Khadijah Udin semasa memberikan ucapan.

Sememangnya benar kata-kata beliau, hujan rahmat itu sememangnya suatu rahmat. Selebat-lebat hujan awal pagi seperti tiada cahaya yang bakal kelihatan, namun segalanya beransur pulih. Cuaca semakin baik dan perjalanan acara yang telah dirancang disambung kembali.

Seceria mentari yang kembali menyinar, padang SK Damansara Jaya 2 juga turut bersinar menyaksikan kemeriahan sukan tahunan ini. Meriah...sangat meriah.. Walaupun populasi warga SKDJ2 tidaklah sampai 200 orang, SKDJ2 hari ini menyaksikan kedatangan manusia yang sangat ramai. Ibubapa, bekas pelajar, tetamu, dan juga pengusaha gerai-gerai yang datang memeriahkan suasana. 

Satu perkara menarik untuk dikongsi bersama, Sukan kali ini juga turut menarik penglibatan Proton Edar yang datang mempromosikan kenderaan mereka. Siap bawa 'Persona test drive' lagi tu. Bank Rakyat juga turut membuka gerai mempromosi dan menyediakan peluang untuk guru-guru dan tetamu melabur dalam skim amanah saham yang baru diperkenalkan mereka.Tidak lupa juga Rukun Tetangga yang datang bersama pameran kawalan keselamatan mereka. Dan yang paling tidak dapat dilupakan tentunya PIBG yang menyediakan set 'PA System', gedabak ala-ala konsert Maharaja Lawak yang memang kelassssss ! Terima kasih...

Secara keseluruhannya, walaupun hujan melanda di pagi hari, ianya sedikitpun tidak mencacatkan kemeriahan Sukan pada tahun ini. Semoga bersukan lagi kita pada tahun hadapan.

Terima kasih Guru-guru, PIBG, murid-murid dan semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Tahunan / Sukanthon SKDJ2 2011..

*Gambar menyusul kemudian.

Sabtu, 2 Julai 2011

HARI SUKAN-SUKANTHON SKDJ2

Pada 3 Julai 2011, SK Damansara Jaya 2 akan menganjurkan Hari Sukan Sekolah 2011. Pada hari yang sama juga, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG SKDJ2) akan turut berkolaborasi menganjurkan Sukanthon. 

Semua murid dan guru diwajibkan hadir. Ibu bapa & penjaga murid juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan Hari Sukan 2011 ini.

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


Alhamdulillah, pagi ini seluruh negara berlari serentak. Berlari untuk menjayakan satu lagi dasar pendidikan negara iaitu Dasar 1Murid 1Sukan yang dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Warga SKDJ2 turut tidak terkecuali memerah keringat untuk bersama 1Malaysia berlari merentasi pekan Damansara Jaya. Pelepasan peserta larian disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Khadijah bt Udin.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid, pentadbir, guru-guru dan tidak lupa juga PIBG yang bertungkus lumus bersama-sama. Walaubagaimanapun, tugas belum selesai...Esok, satu lagi tugasan penting menanti...

SUKANTHON & HARI SUKAN SEKOLAH 2011.

Peace Yawww !

LinkWithin