Isnin, 4 Julai 2011

Sukan Sekolah-Sukanthon Meriah

3 Julai 2011...

Sukan Tahunan Sekolah yang berkolaborasi dengan Sukanthon PIBG telah pun selamat dilaksanakan dengan meriah. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan guru-guru dan AJK PIBG bertungkus-lumus membuat persiapan akhir.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan perbarisan masuk peserta mengelilingi padang sekolah. Walaubagaimanapun, ketika murid selesai membacakan Ikrar Kejohanan, murid-murid terpaksa disuraikan gara-gara hujan yang terlalu lebat. 

"Straight to the point, Hujan Rahmat", kata Guru Besar, Pn Khadijah Udin semasa memberikan ucapan.

Sememangnya benar kata-kata beliau, hujan rahmat itu sememangnya suatu rahmat. Selebat-lebat hujan awal pagi seperti tiada cahaya yang bakal kelihatan, namun segalanya beransur pulih. Cuaca semakin baik dan perjalanan acara yang telah dirancang disambung kembali.

Seceria mentari yang kembali menyinar, padang SK Damansara Jaya 2 juga turut bersinar menyaksikan kemeriahan sukan tahunan ini. Meriah...sangat meriah.. Walaupun populasi warga SKDJ2 tidaklah sampai 200 orang, SKDJ2 hari ini menyaksikan kedatangan manusia yang sangat ramai. Ibubapa, bekas pelajar, tetamu, dan juga pengusaha gerai-gerai yang datang memeriahkan suasana. 

Satu perkara menarik untuk dikongsi bersama, Sukan kali ini juga turut menarik penglibatan Proton Edar yang datang mempromosikan kenderaan mereka. Siap bawa 'Persona test drive' lagi tu. Bank Rakyat juga turut membuka gerai mempromosi dan menyediakan peluang untuk guru-guru dan tetamu melabur dalam skim amanah saham yang baru diperkenalkan mereka.Tidak lupa juga Rukun Tetangga yang datang bersama pameran kawalan keselamatan mereka. Dan yang paling tidak dapat dilupakan tentunya PIBG yang menyediakan set 'PA System', gedabak ala-ala konsert Maharaja Lawak yang memang kelassssss ! Terima kasih...

Secara keseluruhannya, walaupun hujan melanda di pagi hari, ianya sedikitpun tidak mencacatkan kemeriahan Sukan pada tahun ini. Semoga bersukan lagi kita pada tahun hadapan.

Terima kasih Guru-guru, PIBG, murid-murid dan semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Tahunan / Sukanthon SKDJ2 2011..

*Gambar menyusul kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...