Selasa, 12 Julai 2011

Pertandingan e-PPDa Peringkat Negeri Selangor 2011


Sejarah kedua dilakar SKDJ2. Selepas menempa nama menjuarai Sudut PPDa 2011 PPD Petaling Utama, SKDJ2 terus mendapat tempat di mata pegawai-pegawai dari PPD Petaling Utama.
Kali pertama dalam sejarah pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), SKDJ2 telah dipilih mewakili PPD Petaling Utama ke Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri bertempat di SK Taman Desa, Country Holmes, Rawang.

Dalam karnival tahun 2011 ini, SKDJ2 menghantar penyertaan dalam acara e-PPDa Sekolah Rendah. Pasukan SKDJ2 diwakili oleh Anis Nurin Zainal Abidin, Jessadine Rose Baluyot, dan Aidiel Emir Anshary.

e-PPDa ialah satu pertandingan yang memperlihatkan kemahiran penyampaian @ pembentangan perihal bahaya dadah dengan menggunakan aplikasi pembentangan komputer. Selain dinilai dari segi teknologi komputer yang dipaparkan, pertandingan ini juga turut menilai kemahiran berkomunikasi dan penyampaian yang dimiliki oleh setiap peserta.

Untuk pertandingan kali ini, ketiga2 wakil SKDJ2 ini disatukan dalam satu kumpulan dan berentap dengan 9 pasukan lain yang mewakili PPD masing-masing. Walaupun, SKDJ2 gagal mendapat tempat, penyertaan kali pertama ini sedikit sebanyak memberi pengalaman dan ruang pembelajaran buat SKDJ2 untuk lebih bersedia pada penampilan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.

Apapun, syabas buat SKDJ2 kerana peluang MEWAKILI PPD ke pertandingan peringkat Negeri adalah sesuatu tidak semua sekolah dapat mengecapinya.

Persiapan akhir sementara menunggu giliran.
Sesi pembentangan dari SKDJ2
Anis dan Rose selaku pembentang utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...