Selasa, 29 November 2022

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)


Program Transformasi Sekolah 2025 TS25

Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM.

Manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/201 7 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengcin kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah.

Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pada tahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, S/Partners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.

Menjelang tahun 2021pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Matlamat Program TS25 adalah untuk:

2.1. Kepimpinan :
Memantapkan kepimpinan sekolah.

2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.3. Penglibatan Komuniti;
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Objektif utama Program TS25 adalah untuk:

3.1. Mengaplikasi kansep dan amalan terbaik pangajaran dan pembelajaran (PdP);

3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negara (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong harlan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan

3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana biiik darjah dan sekokah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah
yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
b. Penglibatan pembelajaran mudd yang aktif lagi bermakna.
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
e. Komitmen komuniti yang padu.

Elemen Kemenjadian Murid:
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi mudd dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti:
Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.

Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Khamis, 6 Ogos 2020

Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik



SUSULAN penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai pandemik.

Apa itu pandemik? Untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu, berikut penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik.

Pandemik

Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dalam masa singkat.

Selain itu, kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan
menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal, wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.

Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14.

Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.

Selain itu, krisis Koronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh negara ketika ini juga telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO.

Endemik

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.

Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.

Perkara ini juga membawa makna kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat tertentu.

Penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.

Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru.

Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo; wabak bubonik di Madagascar; dan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi di Peru.

Epidemik

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama.

Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti.

Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini.

Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.

Ditulis oleh: Fauzi Suhaimi, Astro Awani | Mac 12, 2020 12:22 +08 | Durasi: 2 minit, 12 saat
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-perbezaan-epidemik-endemik-dan-pandemik-233401

Jumaat, 24 Januari 2020

Sambutan Tahun Baharu Cina

Pada 23 Januari yang lalu, SK Damansara Jaya 2 telah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk meraikan murid-murid dan guru yang berbangsa Tionghua di sekolah ini.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua.

Jumaat, 10 Januari 2020

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2020


Tarikh : 10 Januari 2020
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA (2) TAHUN 2020

Rabu, 1 Januari 2020

Jumaat, 8 November 2019

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (2) tahun 2019 telah diadakan pada 7 November 2020, bertempat di Dewan Utama SK Damansara Jaya 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG, Encik Asri bin Ibrahim.

Selasa, 5 Mac 2019

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-29


Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-29 SKDJ2 telah berlangsung pada 5 Mei 2019. Kejohanan sukan pada tahun ini diadakan dengan penuh gilang-gemilang dan dirasmikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Menteri Luar & Menteri Dalam Negeri.

Selasa, 14 Julai 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Raya

Aktiviti  : Majlis Penyampaian Bantuan Raya untuk Anak Yatim dan Keluarga Miskin
Tarikh   : 14 Julai 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Damansara Jaya 2

**********************************************


Sabtu, 11 Julai 2015

Majlis Khatam Al-Quran

Aktiviti  : Majlis Khatam Al-Quran 2015
Tarikh   : 10 Julai 2015
Tempat : Surau SK Damansara Jaya

******************************************************


Rabu, 17 Jun 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


SK Damansara Jaya 2 mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga SKDJ2 yang beragama Islam. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Selasa, 19 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Aktiviti : Sambutan Hari Guru SKDJ2 2015
Tarikh : 18 Mei 2015
Tema : 'Back To School'
Aktiviti Sambutan :
1) Perhimpunan Khas Hari Guru
2) Persembahan Murid
3) Pertandingan Masakan Sarapan oleh guru-guru
...............................................................................


Isnin, 20 April 2015

Karnival Sukaneka Tahunan

Aktiviti   : Karnival Sukaneka Tahunan SKDJ2
Tarikh    : 19 April 2015
Tempat  : Padang Sekolah
----------------------------------------------------------------------









Khamis, 16 April 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015

Aktiviti : Kejohanan Merentas Desa SKDJ2 2015
Tarikh : 15 April 2015

-----------------------------------------------------------------














Ahad, 29 Mac 2015

KEM MOTIVASI PENGAWAS

Aktiviti   : Kem Motivasi Kepimpinan dan Pengawas
Tarikh    : 28 Mac 2015
Tempat  : Makmal Komputer

-----------------------------------------------------------------------















Jumaat, 21 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Aktiviti   : Hari Anugerah Cemerlang SKDJ2 2014
Tarikh    : 21 November 2014
Tempat  : Dewan Sekolah
--------------------------------------------------------------------------------








SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...