Ahad, 1 Julai 2012

KARNIVAL PPDa DAERAH PETALING UTAMA

Trofi dan sijik Kejuaraan.. SKDJ2 JOHAN DAERAH !!!

Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Petaling Utama telah dijalankan di Arena Rakan Muda MBPJ pada 28 Jun 2012. Demi menyahut kempen Benci Dadah melalui seni, SK Damansara Jaya 2 telah menghantar penyertaan untuk acara Boria dan Sajak.

Keputusan membanggakan telah dicapai. SKDJ2 mencipta sejarah apabila muncul Johan bagi acara Boria. SKDJ2 juga mendapat tempat ke 3 bagi acara Sajak PPDa yang diwakili oleh Zikry Faiq bin Arnold Rahisal.

Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencipta sejarah dan mengangkat maruah SKDJ2 ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kalangan sekolah-sekolah di PPD Petaling Utama.

Boria SKDJ2 akan mewakili Petaling Utama ke Karnival PPDa Negeri Selangor tidak lama lagi. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua yang terlibat.

"Kejayaan hari ini harus dirai, kerana esok belum tentu kita mendapat kejayaan sedemikian rupa"

SEKOLAH TRANSFORMASI 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 ?  Apa itu TS25? Adakah ini program baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi...